Jumaat, 1 Oktober 2010
MUSIM DURIAN
Musim durian dah nak habis di kebun kami dekat Raub Pahang.Dijangka mungkin seminggu lagi atau lebih.Syukur,semenjak beli kebun hampir setahun yang lalu,walaupun buah durian dari kebun kami tak berapa nak menjadi tahun ini namun boleh dikatakan hampir selang beberapa hari dapat jugalah merasai buah durian yang segar dan harum itu pun,daripada kebun saudara kami yang luas berpuluh-puluh ekar di sana.Oleh kerana jarak perjalanan dari Kuala Lumpur memakan masa hampir dua jam perjalanan jadi tak dapatlah merasainya setiap hari.Terdapat beberapa jenis baka durian yang bermutu tinggi juga buah-buahan lain yang telah masak dan manis rasanya.Kebetulan kami anak beranak memang cukup gemar makan buah durian lebih-lebih lagi saya dan anak perempuan kami,kata orang "hantu durian".Kalau dapat pula durian kunyit perghh.... tak mau makan durian yang lain,rasanya cukup lazat memang patutlah peniaga,pemborong mengenakan dengan harga yang tinggi.
Label: Manis
0 ulasan:
Catat Ulasan