Mempunyai blog sendiri sememangnya keinginan yang sudah lama,namun inilah permulaan serta percubaan baru dalam dunia IT bagi diri saya.Segala kesulitan,kelemahan di blog ini adalah merupakan langkah dan pendahuluan mempelajari dengan lebih dalam mengenai segala-segalanya.Dengan dunia global yang kian hari lebih maju serta bergerak pantas adalah terlalu rugi sekiranya hanya melihat atau memerhatikan sahaja tanpa berbuat sesuatu.Manfaat diperolehi dari pelbagai maklumat seluruh pelusuk negara atau negeri, mengambarkan kepada kita tentang pelancongan,kebudayaan,tatacara pemakaian,masakan,makanan dan ciri-ciri adab resam sesebuah etnik,hanya dapat dijelajahi dari hujung jari.
Rabu, 6 Oktober 2010
KEHIJAUAN ALAM
Kindahan alam bumi kita,subur dengan kehijauan pokok-pokok,begitu cantik mata memandang.Ketika waktu pagi sebahagian bukit ini dilitupi kabus tebal serta angin sepoi-sepoi bahasa.Begitu nyaman sekali......
BUAH MASIH MUDA
Buah-buah terdapat seperti durian kampung,kunyit,D24,IOI,duku,dokong,cempedak,manggis,buah salak dan rambutan. Photo diatas,anak pokok durian kunyit yang subur serta buah,begitu elok sekali menanti hari untuk gugur.Dusun berada diatas bukit,sungguh nyaman juga cantik untuk dikunjungi dimana terdapat sebuah chelet yang selesa.Kelihatan Pok Nik,begitu bersemangat dan tersenyum lebar kerana buah segar dan tanamanya subur sakali.